Friday, 22 November 2013
Boon Siew Motor SDN Bhd
KEUSAHAWANAN
1.0
Pengenalan
Negara Malaysia berhasrat menjadikan
Malaysia sebagai sebuah negara maju setanding dengan negara-negara maju di
dunia. Untuk mencapai hasrat tersebut kerajaan telah menjadikan bidang perindustrian
dan perdagangan sebagai antara alternatif untuk mencapainya. Fenomena ini
menyebabkan lebih ramai rakyat Malaysia meminati bidang perniagaan sebagai
sumber pendapatan. Perubahan citarasa masyarakat dan strategi kerajaan dalam membangun
Malaysia membuka pelbagai bentuk peluang
perniagaan untuk rakyat negara ini.
2.0 Boon Siew
Sendirian Berhad.
Salah satu organisasi yang
menceburi dan berjaya dalam bidang keusahawanan ialah Boon Siew Sdn Bhd yang
sinonim dengan motosikal jenama Honda. Organisasi ini diasaskan oleh Tan Sri
Loh Boon Siew seorang anak dagang dari
negara China. Mula bekerja sebagai mekanik dan melakukan kerja sambilan mencuci bas. Beliau hanya pandai bertutur bahasa hok-kien sahaja, tidak pandai membaca
dan menulis tetapi memiliki daya ingatan yang kuat.
Tan Sri Dato’ Loh Boon Siew
menyedari kelebihan motosikal Honda yang ringan dan bersaiz kecil menjadi alternatif
kepada pengguna motosikal Malaysia berbanding motosikal yang dikeluarkan daripada
Eropah yang bersaiz besar dan berat. Kejayaan didukung melalui pakatan Boon Siew –
Honda yang menguasai sejumlah besar pasaran motosikal di Malaysia dan rantau
ini seperti Filipina, Brunei dan Singapura.
Tahun 1957 Malaysia mencapai kemerdekaan dan pada masa
itulah Loh menubuhkan Boon Siew Ltd dan pada tahun 1958 Loh Boon Siew
menjadikan Soichiro Honda iaitu pengasas Motosikal Honda Co. Ltd. di Jepun
sebagai pengedarnya. Pada tahun yang sama 15 buah motosikal pertama (Honda
Dream dan Honda Benly) dibawa masuk ke Malaysia dan dijual. Semenjak itu ikatan
persahabatan terjalin dan terus berkembang, Soichiro - Loh menjadikan Honda
terkenal di Malaysia melalui nama 'Boon Siew - Honda'. Pertalian persahabatan yang kuat antara dua
buah syarikat yang besar - Boon Siew Sdn. Bhd. dan Motosikal Honda Co. Ltd.
dari Jepun telah menjadi penggerak kepada industri motosikal dan sekaligus
membantu mengembangkan ekonomi Malaysia.
Pembukaan kilang pemasangan
motosikal tempatan Boon Siew-Honda di Mak Mandin melalui Kah Motor Co. Sdn.
Bhd. pada tahun 1968 dan memulakan
pengeluaran pada tahun 1969 telah dapat mengurang duti cukai impot namun dalam
tempoh 40 tahun organisasi ini merupakan pembayar cukai terbesar negara sekaligus
menjadi pemangkin pertumbuhan ekonomi Malaysia melalui pengeksportan motosikal
ke luar negara. Sehingga kini sejumlah 20,300 unit Honda C70 dieksport ke Filipina tidak termasuk negara lain.
Bukan sekadar itu, Boon
Siew-Honda juga mengeluarkan motosikal
empat lejang yang 'mesra alam', melancarkan motosikal Honda EX5 Kelas 1 yang mempunyai
kepatuhan pengeluaran asap yang ketat berdasarkan Standard 2 Taiwan. Tahun
2011 model baharu Honda Wave Dash 110RSR
berharga RM5,268.00 dan Honda Wave Dash 110RS berharga RM4,998.00 diperkenalkan.
Menurut perangkaan, sehingga Mac 2013, sejumlah dua juta motosikal Honda
dipasang melalui 29 model berbeza
termasuklah model Honda C50, C65 dan S90 dengan menggunakan 95 peratus komponen
tempatan untuk pasaran tempatan dan luar Negara. Boon Siew Honda Sdn Bhd
menjangkakan jualan motosikalnya meningkat 262,700 unit pada tahun 2012
berbanding 234,500 unit tahun sebelumnya . Oleh itu, Boon Siew Honda Sdn Bhd
dijangka akan memperbanyakkan lagi jumlah cawangan dengan tambahan 20 cawangan
lagi berbanding sebanyak 298 cawangan di
seluruh negara pada tahun 2012.
3.0
Elemen-elemen persekitaran makro yang
mempengaruhi organisasi perniagaan.
Sesebuah organisasi perniagaan tidak dapat berdikari melainkan adanya
elemen-elemen persekitaran yang berinteraksi dan mempengaruhi penetapan
keputusan dan tingkah laku. Oleh itu, peniaga perlu mengenali, menganalisa dan
memahami keadaan persekitaran perniagaan terlebih dahulu. Oleh itu, untuk
menjadi usahawan yang berjaya bukanlah suatu perkara yang mudah kerana terdapat
faktor-faktor persekitaran makro yang boleh menjejaskan
perjalanan usahawan. Antara faktor-faktor yang perlu dinilai,dianalisa,dan
difahami adalah:-
3.1 Faktor Persekitaran Politik Dan
Perundangan
Dunia perniagaan
biasanya dipengaruhi oleh persekitaran politik dan perundangan. Bukan sahaja berlaku
dalam politik negara dimana organisasi beroperasi malahan dipengaruhi oleh
persekitaran politik secara global. Kestabilan
sistem politik sesebuah negara merupakan faktor asas yang mempengaruhi strategi
perniagaan. Justeru itu, usahawan hendaklah peka dan memahami bahawa kestabilan
negara sentiasa berubah kerana sistem politik dan perundangan sesebuah negara biasanya
berbeza. Maka itu, setiap organisasi
hendaklah sentiasa merangka pelan tindakan dengan mengambil kira potensi serta
risiko yang terpaksa ditempuhi pada masa hadapan.
Selain itu,
perniagaan juga sering berhadapan dengan risiko politik yang memberikan kesan terhadap
aktiviti perniagaan. Antara risiko yang sering berlakukan ialah kerajaan memiliknegarakan
semua organisasi subsidiari asing yang berada di negaranya tanpa membuat
sebarang bayaran pampasan, mengenakan cukai korporat yang tinggi ke atas
organisasi malah terdapat juga sesetengah kerajaan yang meletakkan syarat di
mana sebahagian besar dari keuntungan organisasi asing yang beroperasi dikehendaki melaburkan semula keuntungan di
negaranya dengan mengenakan cukai yang
tinggi keatas keuntungan organisasi.
Halangan
perdagangan terhadap setiap barangan import yang memasuki negara sering dikenakan
kepada organisasi perniagaan. Ini merupakan strategi kerajaan memastikan bahawa
produk yang masuk tidak memberi kesan ke atas pasaran barangan sedia ada. Halangan
perdagangan dibuat melalui pelbagai bentuk dan cara. Selain itu, terdapat juga negara
yang mengenakan kuota pada produk import dengan membataskan kuantiti produk dari
memasuki negara. Malah, terdapat halangan perdagangan seperti sekatan eksport,
Embargo, tarif eksport iaitu cukai terhadap barang yang dieksport, tarif
transit iaitu cukai yang dikenakan terhadap barangan yang singgah di sesebuah negara,
menjadi faktor penghalang kepada organisasi
memperluaskan perniagaan mereka.
Selain itu,
terdapat pelbagai organisasi perdagangan
antarabangsa yang diwujudkan bagi memupuk dan menggalakkan perdagangan dunia.
Diantaranya ialah AFTA (Kawasan Perdagangan Bebas ASEAN) . Menurut Aini Hayati,
M. et al. (2008) penubuhan AFTA adalah untuk mempercepat pengurangan kadar
tarif ke atas barangan industri melaui Tarif Keutamaan Berkesan Bersama dan
usaha untuk menarik pelabur menanam modal dengan memberi pelbagai insentif
seperti melonggarkan cukai untuk melabur.
Selain itu, isu
nasional yang mencakupi dasar-dasar dan polisi kerajaan, undang-undang,
peraturan, kawalan, percukaian dan sebagainya turut mempengaruhi kegiatan
perniagaan dalam sesebuah negara. Isu Nasional merangkumi dasar dan polisi negara
yang dikenakan oleh kerajaan kepada organisasi yang menjalankan aktiviti. Justeru itu, organisasi perlulah memahami dasar-dasar
baru serta polisi yang ditetapkan oleh kerajaan seperti Model Ekonomi Baru
(MEB), Program Transformasi Kerajaan (GTP), Dasar Luar Negara, Dasar Industri,
Dasar Pengguna Negara, Dasar kewangan dan sebagainya agar aktiviti yang
dijalankan tidak bertentangan dengan dasar dan polisi tersebut.
Organisasi
perniagaan yang menjalankan aktiviti terpaksa mematuhi undang-undang
serta peraturan yang diperuntukkan oleh kerajaan contohnya dalam mereka bentuk
produk dan perletakkan harga, penetapan harga barangan kawalan, pengiklanan,
upah dan persekitaran tempat kerja serta rangka undang-undang yang diwujudkan. Sesuatu
perniagaan biasanya dikawal oleh undang-undang perniagaan yang sedia ada antaranya
Undang-undang Kontrak, Undang-undang Jualan Barang-barang, Undang-undang Sewa
Beli, Undang-undang Perkongsian, Undang-undang Organisasi dan Undang-undang
Perhubungan Majikan & Pekerja untuk memastikan dan memelihara kebajikan
perniagaan disamping menjaga kepentingan negara.
Setiap aktiviti
perniagaan akan berhadapan dengan cukai yang dikenakan oleh kerajaan sebagai bayaran
kerana memperolehi keuntungan dengan menggunakan perkhidmatan dan kemudahan
negara. Bagi usahawan, cukai-cukai yang dikenakan oleh kerajaan akan
mengurangkan keuntungan sebaliknya merupakan satu sumber pendapatan kepada
negara. Percukaian boleh dikategorikan
kepada tiga bahagian iaitu cukai langsung, cukai tidak langsung dan
cukai khas. Cukai langsung dikenakan keatas pendapatan organisasi, pendapatan
perseorangan, duti setem, pendapatan petroleum dan sebagainya. Cukai tidak
langsung dikenakan keatas jualan, perkhidmatan, duti import, duti eksport, duti
eksais dan sebagainya. Manakala cukai
khas dikenakan ke atas cukai tanah, jalan dan sebagainya. Sebagai contoh,cukai
eksais terhadap motosikal yang berkapasiti di bawah 150 cc ialah 20% dan motosikal berkapasiti melebihi
150cc ialah 30%.
3.2 Faktor Persekitaran Ekonomi
Sebagaimana isu
perundangan, tarif dan cukai. Eknomi negara merupakan elemen yang perlu
diketahui oleh usahawan yang menjalankan perniagaan. Usahawan perlu peka dan
prihatin terhadap perubahan ekonomi sama ada keadaan ekonomi tempatan ataupun ekonomi
antarabangsa. Ini kerana faktor tersebut mempengaruhi operasi, prestasi,
perancangan dan pendapatan organisasi. Terdapat tiga faktor utama yang memberi kesan kepada persekitaran
ekonomi iaitu keadaan ekonomi, dasar ekonomi dan sistem ekonomi.
a) Keadaan Ekonomi
Keadaan ekonomi
negara memberi impak besar dalam
sesebuah organisasi. Keadaan ekonomi merangkumi faktor keluaran dalam negara
kasar (KDNK), pendapatan perkapita, pasaran untuk barangan dan perkhidmatan,
modal, rizab tukaran asing dan lain-lain. Faktor-faktor ini dapat membantu
dalam meningkatkan kadar pertumbuhan ekonomi dalam sesebuah negara jika diurus
dengan baik..
b) Dasar-Dasar Ekonomi
Dasar-dasar
ekonomi kerajaan amat penting untuk
diketahui oleh para usahawan kerana dasar-dasar ini dapat mempengaruhi kesemua
aktiviti organisasi yang ditawarkan dari semasa kesemasa. Diantara dasar-dasar
ekonomi yang diperkenalkan oleh kerajaan adalah Dasar Fiskal, Dasar Kewangan
dan Dasar Pelaburan Luar.
c) Sistem Ekonomi
Sistem ekonomi
juga turut berperanan dalam aktiviti perniagaan. Terdapat tiga jenis sistem ekonomi iaitu Sistem Ekonomi
Pasaran Bebas (berlaku di negara yang mengamalkan kapitalisme), Sistem Ekonomi
Perancangan Pusat yang juga dikenali sebagai Sistem Ekonomi Terancang (berlaku
di negara yang mengamalkan sosialis) dan Sistem Ekonomi Campuran (kebanyakkan
negara di dunia mengamalkan sistem ini).
3.3 Faktor Persekitaran Sosial dan Budaya
Dalam dunia
perniagaan, usahawan tidak dapat lari daripada membuat penilaian terhadap
persekitaran sosial dan budaya, tidak kira samada organisasi beroperasi di
dalam negara atau luar negara. Jika organisasi
beroperasi sebagai organisasi multinasional maka lebih banyak cabaran sosial
dan budaya terpaksa difahami dan ditempuhi kerana perbezaan budaya. nilai,
norma dan gaya hidup. Persekitaran budaya ini dipengaruhi oleh nilai-nilai
asas, persepsi, kegemaran dan gelagat pengguna.
Selain itu, kepercayaan
dan nilai asas yang dipegang oleh seseorang individu banyak dipengaruhi oleh
masyarakat di mana ia dibesarkan. Perbezaan amalan sosial dan budaya masyarakat
adalah berbeza bagi setiap negara. Pengaruh serta kesan persekitaran sosial dan
budaya dapat dilihat dari dua
aspek iaitu:-
a) Aspek Demografi
Aspek demografi
merangkumi ciri-ciri kependudukan seperti umur, jantina, bilangan penduduk,
kaum, taburan pendapatan, bandar atau luar bandar. Perubahan ini membawa kepada perubahan pada permintaan,
kuasa beli, sasaran, saiz pasaran dan sebagainya. Oleh itu, sebarang keputusan dalam
menjalankan perniagaan hendaklah mengambil kira perubahan-perubahan ini.
b) Aspek Budaya
Aspek budaya
pula merangkumi cara hidup dan nilai sosial masyarakat, kepercayaan, bahasa
yang digunakan, gaya hidup keluarga, perubahan citarasa pengguna dan lain-lain
lagi. Elemen-elemen ini akan mengubah pola permintaan dan mempengaruhi
keputusan yang akan dibuat oleh organisasi atau usahawan.
3.4 Faktor Persekitaran Teknologi
Menurut Aini
Hayati, M. et al. (2008) ”Teknologi merujuk kepada ciptaan baru yang dihasilkan
oleh penyelidikan. Inovasi berlaku apabila sesuatu produk yang lebih baik
ditemui daripada penyelidikan yang dilakukan...”. Kemajuan teknologi sesebuah
negara adalah berbeza diantara satu negara dengan negara lain. Perkembangan
teknologi terutamanya teknologi maklumat yang pantas membangun memberi kesan secara langsung kepada organisasi
perniagaan.
4.0 Kesan dan strategi
Boon Siew Sdn. Bhd. menghadapi faktor persekitaran makro.
Sesungguhnya faktor
persekitaran makro “PEST” banyak memberi kesan terhadap aktiviti pernigaan Boon
Siew Sdn Bhd, namun organisasi ini mempunyai cara dan strategi tertentu untuk
menangani perkara tersebut.
4.1 Politik
dan Perundangan.
Faktor ini amat penting dan harus diberi
perhatian oleh usahawan kerana sistem politik
yang stabil dapat menjamin kestabilan
ekonomi negara. Kuasa politik sering mengenakan kadar cukai import yang
tinggi terhadap kemasukan barangan seperti komponen dan alat ganti dari negara luar. Tindakan kerajaan ini akan
memberi tekanan kepada industri Motosikal Honda sebagai pengimport barangan. Namun
pada masa yang sama, ia memberi kebaikan dan sokongan kepada peniaga tempatan.
Justeru
itu, kestabilan politik di Malaysia telah berjaya membantu Boon Siew Sdn
Bhd untuk berjaya. Ini kerana ekonomi Malaysia pada masa itu sedang giat
dirancang oleh kerajaan kerana negara baru sahaja merdeka. Kejayaan Tan Sri Loh
Boon Siew selaku usahawan untuk mendapatkan lesen sebagai pengedar tunggal
Honda di Malaysia mendapat sokongan kuat dari kerajaan dan langkah ini dapat
meningkatkan ekonomi negara pada masa
itu.
Selain itu, dengan terbinanya kilang
motosikal yang terletak di Mak Mandin, maka jualan dan permintaan terhadap
motorsikal dapat dipenuhi secara konsisten. Ini kerana walaupun berlaku masalah
di Negara Jepun, motosikal Honda masih dapat dikeluar dan dijual kerana ia
dibuat di Malaysia. Disamping itu, langkah tersebut dapat mengurangkan kos
jualan akibat cukai import yang dikenakan .
Meninjau perkembangan terkini telah
lebih dua juta motosikal Honda berada di atas jalan raya. Selain, sejumlah 20,300
unit Honda C70 dieksport ke Filipina tidak termasuk negara-negara lain.
Fenomena ini telah menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara dan pemangkin
kepada kemajuan industri Motosikal Honda. Justeru kemantapan perniagaan Boon
Siew Honda tidak akan terjejas walaupun politik sama ada diperingkat dunia mahupun
peringkat nasional.
4.2 Faktor Ekonomi.
Usahawan yang berjaya harus dapat
meramalkan pertumbuhan ekonomi sesebuah negara itu. Ini kerana pertumbuhan
ekonomi yang stabil dapat memacu kepada pertumbuhan ekonomi yang kukuh dan
seterusnya dapat membantu usahawan untuk berjaya. Atas faktor inilah Tan Sri
loh Boon Siew walau dengan hanya 15 buah motorsikal yang dibawa masuk ke
Malaysia, namun dengan keadaan ekonomi
yang sedang mantap selepas merdeka telah menyebabkan permintaan yang tinggi
terhadap motosikal berbanding kereta.
4.3 Faktor Sosio Budaya.
Faktor sosio-budaya ini terbahagi
kepada dua iaitu perubahan demografi dan juga keadaan sosial masyarakat
setempat. Kedua-dua faktor ini jika dapat diramal dengan sempurna akan dapat
membantu usahawan untuk mengenalpasti potensi dan peluang perniagaan. Perubahan demografi berlaku atas sebab
perubahan bilangan penduduk, kumpulan etnik dan struktur bilangan penduduk
menurut umur, jantina, lokasi geografi dan bilangan penduduk. Kesemua unsur ini
menjadi faktor penyumbang kepada kehendak pengguna, kuasa beli dan kapasiti industri.
Faktor sosio-budaya dapat membantu kejayaan industri Motosikal Honda. Sebagai
bukti selepas negara merdeka pada tahun 1957, gaya hidup rakyat berubah dengan
hanya berbasikal ke tempat kerja kepada
bermotosikal. Melihat keadaan ini Tan Sri Loh Boon Siew sedar bahawa motosikal
yang diperkenalkan oleh penjajah seperti model Norton kurang sesuai kerana
besar dan berat berbanding saiz rakyat Malaysia yang berbadan sederhana. Justeru
itu, beliau memperkenalkan model motosikal yang bersaiz kecil dan ringan iaitu motorsikal jenama Honda ‘cub’. Berdasarkan alasan
tersebut menyebabkan motorsikal Honda menjadi kenderaan pilihan
utama dan mewarnai landskap kenderaan bermotor di jalan-jalan raya di Malaysia dari kampung sehinggalah ke bandar besar,
daripada budak belasan tahun hingga kepada yang tua bongkok tiga.
Selain itu, Loh selaku peneraju Boon Siew Sdn Bhd amat
menitik beratkan keperluan dan membantu sesiapa
yang memerlukan bantuan , semasa hidup banyak membantu orang dengan menderma wang dan tanah. Keprihatinan beliau diteruskan
oleh syarikatnya dengan menyumbang RM100,000 untuk Tabung Kemanusiaan semasa
wabak JE. Selain itu, untuk membantu
kerajaan menangani pencemaran Boon Siew-Honda mengeluarkan model Honda EX5 Kelas 1 yang mematuhi pengeluaran
asap yang ketat berdasarkan Standard 2 Taiwan
yang 'mesra alam' disamping memastikan sisa perkilangan dihantar ke
pusat rawatan sisa kerajaan di Bukit Nenas. Hal ini memperlihatkan
tanggungjawab sosial organisasi terhadap alam sekitar.
4.4 Faktor
Teknologi dan Persaingan.
Perkembangan teknologi yang pesat memberi kesan secara
langsung kepada industri Motosikal Honda terutamanya dalam membantu pengurusan operasi
termasuk pemasaran dan ini dapat mengurangkan kos pengeluaran. Contohnya, kerja-kerja
pengurusan pejabat seperti merekod, menyediakan Penyata Kewangan dikendali dan
dipermudahkan dengan penggunaan sistem komputer. Selain itu, dari segi inovasi motosikal Honda
dapat kita lihat daripada perubahan model
motosikal Honda sama ada motosikal berkuasa rendah hinggalah ke motosikal Honda
berkuasa tinggi.
Dengan penggunaan teknologi Boon
Siew-Honda dapat menyaingi pengeluar motosikal lain dan menyebabkan organisasi
ini berkembang maju. Pada peringkat awal persaingan adalah amat rendah kerana
pada masa itu belum ramai individu yang menceburi bidang keusahawanan khususnya
dalam bidang permotoran. Oleh itu, dengan sedikit strategi pemasaran, iaitu
menjalinkan persahabatan dengan Soichiro telah menjadikan Honda terkenal dan
memonopoli industri penjualan motosikal di
Malaysia melalui nama 'Boon Siew - Honda'. Pertalian persahabatan menjadikan satu hubungan yang kuat antara dua buah
syarikat yang besar - Boon Siew Sdn. Bhd. dan Motosikal Honda Co. Ltd. dari
Jepun.
Pelanggan dan pengguna adalah penentu
kejayaan sesuatu organisasi perniagaan, kegagalan menyediakan produk yang dapat
memenuhi kehendak pengguna mengakibatkan organisasi gagal
dalam persaingan. Justeru itu, Boon Siew Sdn Bhd berusaha untuk menghasilkan
motosikal –Honda berkualiti dan memenuhi citarasa pengguna melalui pelbagai inovasi. Situasi
ini telah membolehkan motosikal Honda berjaya menambat hati
majoriti masyarakat di Malaysia. Contohnya dari tahun 2004 hingga 2011 Honda
telah mengeluarkan 30 variasi motosikal Honda. Salahsatu model motosikal Honda
yang popular ialah motosikal Honda Cub
dimana harga pasarannya lebih murah berbanding jenama motosikal lain, mudah
ditunggang oleh pelbagai lapisan pengguna kerana dikuasai oleh automatic
centrifugal clutch, Fuel consumption yang sangat rendah,
namun berupaya membawa beban berat dan banyak, mudah digunakan semasa kesesakan
lalulintas, maintenance dan spare part murah dan penggunaan enjin 4-stroke
yang membolehkan Honda Cub melepasi piawaian.
Secara
kesimpulannya kejayaan besar motosikal Honda cub adalah harga yang sangat murah
berbanding motosikal lain,mudah ditunggang kerana ada klac emparan
automatic,jimat minyak sehingga 40km bagi setiap liter,berupaya membawa muatan
berat, kos penyelenggaraan dan alat ganti murah, penggunaan enjin 4 lejang dan
tahan panas walaupun perjalanan jauh.
5.0 Cadangan-cadangan
untuk Boon Siew Sdn Bhd Menghadapi
“PEST”.
Boon
Siew Sdn Bhd adalah salah satu organisasi perniagaan yang berjaya dalam
perusahaan motosikal Honda sejak Malaysia merdeka. Boon Siew Sdn Bhd telah
berjaya menyesuaikan dan menangani pengaruh “PEST” di negara ini iaitu sejak Malaysia merdeka dan
kini genap usia penubuhannya yang ke 56
tahun bergelumang dengan bidang perusahaan motosikal. Sepanjang tempoh
tersebut, Boon Siew Sdn Bhd telah mengalami banyak tekanan sama ada dalam bidang politik,
masalah kemelesetan ekonomi negara, perubahan citarasa masyarakat dan
peningkatan penggunaan teknologi dalam industri perusahaan motosikal, namun
Boon Siew – Honda tetap berjaya menempatkan organisasinya dengan cara tidak
berkompromi dengan polisi dan dasar kerajaan sebaliknya menjadi penyumbang
kepada kestabilan ekonomi negara. Maka itu, saya berpendapat bahawa tidak ada sebarang
cadangan yang perlu disarankan untuk Boon Siew Sdn Bhd. untuk berhadapan dengan
pengaruh “PEST” di Malaysia malah segala
usaha, komitmen, kebijaksanaan dan tindakan yang telah dilakukan oleh Tan Sri
Loh Boon Siew selaku pengasas dan pengusaha Boon Siew Sdn Bhd wajar menjadi contoh
dan teladan dalam sikap dan semangat keusahawanan yang ada pada beliau agar
para usahawan sama ada kepada usahawan yang sedang menjalankan usahawan mahupun
kepada bakal-bakal usahawan yang baharu hendak menjalankan perniagaan.
6.0 Kesimpulan
Peranan keusahawanan dalam
pembangunan politik, ekonomi,sosial dan teknologi bukan hanya meningkatkan
kadar per kapita pengeluaran dan pendapatan negara tetapi melibatkan perubahan struktur perniagaan dan
masyarakat. Perubahan disertai oleh pertumbuhan dan peningkatan pengeluaran. Perkembangan
ekonomi dari segi produk dan perkhidmatan baharu dalam pasaran mendorong pelabur untuk melabur dan menyebabkan ekonomi
berkembang, pekerjaan baru tercipta dan mengurangkan kadar pengangguran.
Keusahawanan melalui proses
kreativiti dan innovasi mencipta produk baru dan memberikan perkhidmatan untuk
memenuhi kehendak, citarasa dan keperluan rakyat. Untuk menghasilkan produk dan
perkhidmatan yang baik, organisasi akan mencari kaedah yang lebih baik bagi
memaksimakan sumber dan mengurangkan pembaziran. Dengan ini, masyarakat akan
mendapat produk dan perkhidmatan yang lebih baik pada harga yang lebih murah.
Menjadi usahawan berjaya harus bijak meramal produk
yang sesuai untuk dipasarkan. Produk perlulah bersesuaian dengan faktor
sosio-budaya masyarakat setempat. Idea mendapatkan produk yang sesuai untuk
dipasarkan, bukanlah dijana melalui proses yang sukar, sebaliknya melalui idea
yang timbul secara spontan. Contohnya idea spontan berlaku kepada Loh Boon Siew
semasa di Osaka Jepun apabila melihat motosikal Honda telah menjadikan beliau
seorang usahawan berjaya. Dengan konsep “Not
to reinvent the wheel” telah memudahkan beliau menjadi usahawan
berjaya.
ASAL USUL RUNGUS (DRAF SAHAJA)
ASAL USUL RUNGUS (DRAF)
Rungus merupakan salah satu dari suku kaum di Sabah dan juga merupakan salah satu penduduk asli kepulauan Borneo. Rungus biasanya dikenali sebagai Dayak Dusun, Dayak Laut,Momogun, Momogun Rungus, Momogun Laut, Dusun Laut atau Rungus. "Rungus" berasal dari perkataan Rungsud iaitu nenek moyang suku kaum Rungus yang berhijrah dari kawasan Nunuk Ragang ke pesisiran pantai di Semenanjung Kudat, Teluk Marudu, Pitas, Beluran dan Telupid. [1]
Aki Rungsud merupakan seorang tokoh Momogun Laut yang membuka kawasan Kudat-Bandau pada zaman dahulu. Istilah penggunaan nama [Momogun] [2]adalah merujuk kepada nama bangsa suku kaum Rungus sendiri. Menurut legenda Momogun Rungus, Aki Rungsud adalah tokoh yang membuka kawasan Bandau-Kudat sebagai kawasan perdagangan barter yang terbesar di rantau Semenanjung Berungus dan Teluk Bandau Borneo pada zaman dahulu. Teluk Bandau merupakan sebuah pusat perdagangan Momogun Rungus Kuno. Barangan yang didagangkan di teluk Bandau ialah ubi kayu, pisang, jagung, labu, hasil-hasil hutan, kain tenunan Rungus dan sebagainya. Sumber lisan pula menyebutkan bahawa istilah RUNGUS bagi etnik Rungus di Kudat berasal daripada perkataan Bahasa Bajau dan Bahasa Suluk iaitu dari kata "UNGUS" yang ertinya dalam bahasa Malaysia adalah PASIR. Orang-orang Bajau dan Suluk di daerah Kudat telah membawa orang-orang TAGBANUA atau IRAAN atau IDAAN iaitu Suku Orang Bukit dari Kepulauan Palawan di Filipina.Orang-orang IRAAN atau orang bukit ini mempunyai bau badan seakan-akan pasir hamis di pantai. Mereka telah dibawa ke kawasan Kudat dan akhirnya dikenali sebagai IRAAN RUNGUS. Kata Rungus bererti BERBAU SEPERTI PASIR YANG HAMISJusteru inilah suku kaum Rungus hanya terdapat di daerah Kudat dan terlalu sedikit bilangannya. Pada hari ini,secara politiknya semua suku-suku Momogun di Sabah dihimpunkan dalam kategori Kaum Kadazandusun-Murut (KDM). Rungus merupakan salah satu sub kumpulan yang tergolong dalam kelompok kaum Kaum Kadazan-Dusun. Berdasarkan penelitian seni arkitektur dan bahasa suku kaum Momogun Rungus, ia dengan jelas menunjukkan bahawa masyarakat Momogun Rungus mempunyai kesamaan dengan sistem kebudayaan Dayak. Dayak adalah istilah khusus bagi penduduk Asli di Kepulauan Borneo.
Masyarakat Momogun Rungus berdagang dengan pihak luar seperti Sulu dan Brunei untuk mendapatkan barangan logam, barangan tembaga cina, tembikar cina, kain cina dan sebagainya. Momogun Rungus mempunyai adat berdagang sendiri yang mana para pedagang dari luar tidak dibenarkan menggali tanah lebih dari "Duvo Lzangod" iaitu dua kaki. Para pedagang luar tidak boleh sama sekali menebang hutan atau membuka sesebuah kawasan sama ada untuk penternakan atau pun membuka ladang. Ini kerana perbuatan ini melanggar hukum-hakam agama [Labus][3] (disebut Lzabvus) bangsa Momogun Rungus. Sistem kesukuan Momogun Rungus ini merupakan satu sistem yang berdaulat pada zaman itu. Hal ini kerana secara tradisinya Semenanjung Kudat dan Teluk Bandau telah berkurun lamanya dipertahankan oleh suku kaum Momogun Rungus.
Dengan meninjau nama-nama pesisir pantai di sekeliling Semenanjung Berungus ini, dapat dibuktikan bahawa ia mempunyai sejarah tersendiri bagaimana sesuatu perkampungan pesisir pantai itu mendapat nama. Nama-nama pesisir pantai sekitar Kudat seperti Andarason, Vingolzon, Torongkungan, Bvadarag, Andab, Sampang Mangazou, Golzom, Milzobong, Pantai dan lain-lain lagi adalah merujuk kepada sejarah-sejarah ketika zaman perang di mana komuniti Momogun Rungus mempertahankan perkampungan mereka pada ketika itu.
Momogun Rungus yang mendiami kawasan Kudat, Kota Marudu dan Pitas adalah terdiri daripada beberapa sub suku iaitu:
Rungus Kirangavan
Rungus Pilzapazan
Rungus Gandahon
Rungus Gonsomon
Rungus Nulzuw
Rungus Tupak atau Rungus Melobong
Momogun Rungus di luar daerah seperti yang disebutkan diatas adalah dikenali sebagai:
Rungus Piromitan
Rungus Tindal-Sondot
Rungus merupakan salah satu dari suku kaum di Sabah dan juga merupakan salah satu penduduk asli kepulauan Borneo. Rungus biasanya dikenali sebagai Dayak Dusun, Dayak Laut,Momogun, Momogun Rungus, Momogun Laut, Dusun Laut atau Rungus. "Rungus" berasal dari perkataan Rungsud iaitu nenek moyang suku kaum Rungus yang berhijrah dari kawasan Nunuk Ragang ke pesisiran pantai di Semenanjung Kudat, Teluk Marudu, Pitas, Beluran dan Telupid. [1]
Aki Rungsud merupakan seorang tokoh Momogun Laut yang membuka kawasan Kudat-Bandau pada zaman dahulu. Istilah penggunaan nama [Momogun] [2]adalah merujuk kepada nama bangsa suku kaum Rungus sendiri. Menurut legenda Momogun Rungus, Aki Rungsud adalah tokoh yang membuka kawasan Bandau-Kudat sebagai kawasan perdagangan barter yang terbesar di rantau Semenanjung Berungus dan Teluk Bandau Borneo pada zaman dahulu. Teluk Bandau merupakan sebuah pusat perdagangan Momogun Rungus Kuno. Barangan yang didagangkan di teluk Bandau ialah ubi kayu, pisang, jagung, labu, hasil-hasil hutan, kain tenunan Rungus dan sebagainya. Sumber lisan pula menyebutkan bahawa istilah RUNGUS bagi etnik Rungus di Kudat berasal daripada perkataan Bahasa Bajau dan Bahasa Suluk iaitu dari kata "UNGUS" yang ertinya dalam bahasa Malaysia adalah PASIR. Orang-orang Bajau dan Suluk di daerah Kudat telah membawa orang-orang TAGBANUA atau IRAAN atau IDAAN iaitu Suku Orang Bukit dari Kepulauan Palawan di Filipina.Orang-orang IRAAN atau orang bukit ini mempunyai bau badan seakan-akan pasir hamis di pantai. Mereka telah dibawa ke kawasan Kudat dan akhirnya dikenali sebagai IRAAN RUNGUS. Kata Rungus bererti BERBAU SEPERTI PASIR YANG HAMISJusteru inilah suku kaum Rungus hanya terdapat di daerah Kudat dan terlalu sedikit bilangannya. Pada hari ini,secara politiknya semua suku-suku Momogun di Sabah dihimpunkan dalam kategori Kaum Kadazandusun-Murut (KDM). Rungus merupakan salah satu sub kumpulan yang tergolong dalam kelompok kaum Kaum Kadazan-Dusun. Berdasarkan penelitian seni arkitektur dan bahasa suku kaum Momogun Rungus, ia dengan jelas menunjukkan bahawa masyarakat Momogun Rungus mempunyai kesamaan dengan sistem kebudayaan Dayak. Dayak adalah istilah khusus bagi penduduk Asli di Kepulauan Borneo.
Masyarakat Momogun Rungus berdagang dengan pihak luar seperti Sulu dan Brunei untuk mendapatkan barangan logam, barangan tembaga cina, tembikar cina, kain cina dan sebagainya. Momogun Rungus mempunyai adat berdagang sendiri yang mana para pedagang dari luar tidak dibenarkan menggali tanah lebih dari "Duvo Lzangod" iaitu dua kaki. Para pedagang luar tidak boleh sama sekali menebang hutan atau membuka sesebuah kawasan sama ada untuk penternakan atau pun membuka ladang. Ini kerana perbuatan ini melanggar hukum-hakam agama [Labus][3] (disebut Lzabvus) bangsa Momogun Rungus. Sistem kesukuan Momogun Rungus ini merupakan satu sistem yang berdaulat pada zaman itu. Hal ini kerana secara tradisinya Semenanjung Kudat dan Teluk Bandau telah berkurun lamanya dipertahankan oleh suku kaum Momogun Rungus.
Dengan meninjau nama-nama pesisir pantai di sekeliling Semenanjung Berungus ini, dapat dibuktikan bahawa ia mempunyai sejarah tersendiri bagaimana sesuatu perkampungan pesisir pantai itu mendapat nama. Nama-nama pesisir pantai sekitar Kudat seperti Andarason, Vingolzon, Torongkungan, Bvadarag, Andab, Sampang Mangazou, Golzom, Milzobong, Pantai dan lain-lain lagi adalah merujuk kepada sejarah-sejarah ketika zaman perang di mana komuniti Momogun Rungus mempertahankan perkampungan mereka pada ketika itu.
Momogun Rungus yang mendiami kawasan Kudat, Kota Marudu dan Pitas adalah terdiri daripada beberapa sub suku iaitu:
Rungus Kirangavan
Rungus Pilzapazan
Rungus Gandahon
Rungus Gonsomon
Rungus Nulzuw
Rungus Tupak atau Rungus Melobong
Momogun Rungus di luar daerah seperti yang disebutkan diatas adalah dikenali sebagai:
Rungus Piromitan
Rungus Tindal-Sondot
Subscribe to:
Comments (Atom)
