Friday, 6 December 2013

Salinan Surat Permohonan LIGS II



Badan JKKK
Kg. Birahan Darat,
Peti Surat 41,
89107 Kota  Marudu.

Tarikh : 23 Oktober 2013

Yang Berbahagia,
Timbalan Pengurus Besar (KPK),
Lembaga Industri Getah Sabah,
Aras 3, Wisma Pertanian Sabah,                                                                                                                   Jalan Tasik, Luyang (Off Jalan Maktab Gaya),                                                                                              Beg Berkunci 2016,                                                                                                                                88999 Kota Kinabalu, Sabah.

Yang Berbahagia,

MEMOHON PERUNTUKAN TANAMAN BARU GETAH SECARA BERKELOMPOK SELUAS  290   EKAR BAGI PESERTA SERAMAI 50 ORANG  DI KG. BIRAHAN DARAT, KOTA MARUDU.

Dengan segala hormatnya dimaklumkan kepada Yang Berbahagia mengenai perkara di atas.

02. Sehubungan dengan itu,saya selaku ketua blok permohonan tanaman baru getah secara berkelompok di Kg. Birahan Darat merujuk keputusan mesyuarat khas bertarikh 24 April 2013 bahawa penduduk kampong ini memohon jasa baik Yang Berbahagia untuk mempertimbangkan permohonan kami.

03. Sebagai makluman Yang Berbahagia,kami penduduk Kg. Birahan Darat masih banyak yang tidak terlibat dalam projek penanaman Getah Secara Berkelompok yang telah diluluskan pada tahun 2012 dan dalam masa yang sama terdapat tanah-tanah yang masih terbiar ( tidak dapat diusahakan oleh pemilik atas sebab  kemiskinan).  Justeru kekurangan dan kemiskinan, maka pemilik tanah tersebut tidak berupaya mengusahakan tanaman jangka panjang yang boleh menjamin peningkatan taraf ekonomi. Oleh itu, selaku ketua pemohon, memohon jasa baik dan pertimbangan yang sewajarnya agar Yang Berbahagia dapat mempertimbangkan permohonan ini .

04 . Bersama dengan ini disertakan :-

4.1   Keputusan Minit Mesyuarat.
4.2   Pelan kawasan yang dipohon
4.3   Senarai pemohon Penanaman getah secara berkelompok.
4.4   Senarai Ahli jawatankuasa.

06. Maka  dengan itu,segala budibicara dan komitmen Yang Berbahagia diucapkan berbanyak terima kasih.






Sekian.

Yang Benar


( MASITAL BIN MAJANGGIL ADK )
              Ketua Peserta Fasa 2
            Hp 0198415080.


Sk.

Fail.

No comments:

Post a Comment