Badan JKKK
Kg. Birahan Darat,
Peti Surat 41,
89107 Kota
Marudu.
Tarikh : 23 Mei 2009
Yang Berbahagia,
Pegawai Penguasa
LIGS,
Pejabat LIGS,
KOTA
MARUDU,
Tuan,
MEMOHON PERUNTUKAN PENANAMAN GETAH SECARA BERKELOMPOK SELUAS 256 EKAR BAGI PESERTA SERAMAI 32 ORANG DI KG. BIRAHAN DARAT .
Dengan segala hormatnya dimaklumkan
kepada Yang Berbahagia mengenai perkara di atas.
02. Sehubungan dengan itu,saya
selaku ketua blok permohonan penanaman getah secara berkelompok di Kg. Birahan
merujuk keputusan mesyuarat khas bertarikh 24 April 2009 bahawa penduduk
kampong ini memohon jasa baik Yang Berbahagia untuk mempertimbangkan permohonan
kami.
03. Sebagai makluman Yang Berbahagia,penduduk
Kg. Birahan adalah terdiri daripada masyarakat petani yang mengamalkan ekonomi
sara diri (petani pindah).Justeru kekurangan dan kemiskinan,maka penduduk
kampong tidak berupaya mengusahakan tanaman jangka panjang yang boleh menjamin
ekonomi dan keluar dari garis kemiskinan.Oleh itu,selaku ketua blok,memohon
jasa baik dan pertimbangan yang sewajarnya agar Yang Berbahagia dapat mengatasi
masalah tersebut.
04. Sebagai tambahan,pihak kami telah pernah
memohon program seperti ini pada tahun 1999 tetapi malangnya kawasan yang
dipohon pada masa itu,adalah bekas kawasan tanah SAFODA yang diserahkan secara
bersyarat oleh Pengerusi JKKK pada masa itu kepada pihak SAFODA.Oleh itu sijil
pengeluaran daripada pihak SAFODA adalah diperlukan dan pihak kami gagal
memperolehinya dengan segera maka peluang tersebut terlepas daripada pihak
kami.( Surat disertakan)
05 . Bersama dengan ini
disertakan :-
5.1 Keputusan Minit Mesyuarat.
5.2 Pelan
kawasan yang dipohon
5.3 Senarai pemohon Penanaman getah secara
berkelompok.
5.4 Senarai
Ahli jawatankuasa.
5.5 Borang LIGS-02
5.6 Surat Pengesahan daripada Pejabat Tanah Kota
Marudu.
5.5 Surat
tandatangan perjanjian Tahun 1999.
06. Maka dengan itu,segala budibicara dan komitmen
Yang Berbahagia diucapkan berbanyak terima kasih.
Sekian.
Yang Benar
( MASITAL BIN MAJANGGIL ADK )
Ketua Peserta.
Hp 0198415080.
Sk.
Fail.
No comments:
Post a Comment