Friday, 6 December 2013

Salinan Surat Bantahan (Perjuangan Utk Kg. Birahan)



Ketua Kampung,
Kg.Birahan Darat,
d/a. Peti Surat 41,
89107 Kota Marudu.

Tuan,
Pengarah Jabatan Tanah dan Ukur Negeri Sabah,
Jabatan Tanah dan Ukur Negeri Sabah,
Kota Kinabalu.

Melalui dan salinan,

Yang Berhormat,
Datuk Dr. Maximus J. Ongkili,
Menteri Sains Teknologi dan Inovasi Malaysia,
Merangkap Ahli Parlimen ,
P168 KOTA MARUDU.                                                               Tarikh: 23 Julai 2008

MEMOHON PEMBATALAN  PT 78220081 / L.S2201.1.76 DAN PT 99222455 YANG TERDAPAT DI KG. BIRAHAN DARAT,KOTA MARUDU.RUJUKAN GRED 51-Q-3 & 7.

Dengan segala hormatnya dimaklumkan kepada tuan mengenai perkara di atas.

02. Penduduk kampong melalui Ketua Kampung Kg. Birahan Darat telah bermesyuarat pada 29 hb Jun 2008 dan telah sebulat suara  merayu agar pihak tuan dapat membatalkan pemprosesan PT 78220081/L.S2201.1.76 pemohon Mat Sha Matarin bersama 17 orang peserta dan PT 99222455 permohonan Sabie Horse Sdn. Bhd.dimana keluasan tanah tersebut melibatkan kawasan seluas 1,200 ekar.

2.         Kami merayu agar permohonan-permohonan tanah tersebut tidak diproses dan seterusnya dibatalkan atas sebab-sebab yang berikut:

2.1  Kawasan tanah tersebut adalah milik penduduk Kg. Birahan Darat yang mana
       sebahagian daripadanya telah diusahakan dengan tanaman seperti getah,kelapa
       pisang serta telah didirikan rumah kediaman.

2.2    Permohonan tanah bagi PT-PT tersebut tidak diketahui oleh penduduk kampung
Melainkan pihak Jabatan Tanah dan Ukur Kota Marudu telah memproses borang permohonan penduduk kampung dan mendapati kawasan tersebut telah dipohon oleh pihak tersebut.

2.3    Kehadiran PT-PT tersebut amat merumitkan penduduk kampung untuk mendapatkan
Tanah bagi tujuan penanaman getah,kelapa sawit dan sebagainya.


2.4. Kehadiran PT-PT tersebut juga telah mengakibatkan kami penduduk Kg. Birahan
       Darat gagal mendapatkan bantuan peruntukan penanaman getah secara
       Berkelompok serta kemudahan lain yang disediakan oleh kerajaan.

3.         Bersama dengan ini disertakan:-

3.1.      Senarai nama pemohon dari Kg. Birahan Darat yang bertindih dengan kawasan
            tersebut.

3.2.      Peta lakaran lokasi tanah yang dipohon oleh penduduk Kg. Birahan Darat.

4.         Oleh itu,sekiranya PT-PT tersebut tidak dibatalkan dan diproses untuk kelulusan penyukatan tanah dan seterusnya pengeluaran geran kepada pemohon tersebut.Maka kami penduduk Kg. Birahan Darat seramai 230 orang akan menjadi pengemis dan penduduk setinggan di kampung sendiri yang telah dihuni sejak datuk nenek lagi.   

5.         Maka dengan itu,selaku ketua kampung di Kg. Birahan Darat merayu dan memohon simpati  daripada pihak tuan agar rayuan permohonan kami ini dipertimbangkan bagi menjamin kesejahteraan hidup kami sebagai rakyat Malaysia dan penduduk jati di kampung ini.Budibicara dan keprihatinan tuan dalam perkara ini amatlah diharapkan.

Sekian dan terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK MASYARAKAT”

Saya yang menurut perintah,



( EN. MASITAL BIN MAJANGGIL )
       Pengerusi Bertindak,
        Kg. Birahan Darat.

Salinan kepada,

01.              Penolong Pemungut Hasil Tanah (PPHT),
Kota Marudu.

02.              Juruukur Daerah,
Jabatan Tanah dan Ukur,Kota Marudu.

      03.       Fail.


No comments:

Post a Comment